Ramadhan dah berlalu pergi buat aku 3 hari lepas..honestly first time dalam hidup, aku terasa sedih aku tak dapat berpuasa dan tak dapat meneruskan routine Ramadhan yang aku setkan sejak awal puasa.
Sebenarnya ni laa tahun pertama aku benar-benar menunggu Ramadhan. Tahun-tahun lepas? Ye menunggu jugak tapi lebih banyak kepada nak beraya, nak berbuka dengan buffet ramadhan. Terukkan...tapi itulah hakikat sebenar. Ramadhan di tahun-tahun lalu cuma sekadar menahan lapar dan dahaga, then sibuk bersiap for Raya, even erti lapar dahaga pun tak berbekas dijiwa. Bila di ingat balik..ruginya masa aku dahulu kala. Thank god, aku masih diberi peluang pada umurku 36 tahun.
Bulan seribu rahmat dah nak meninggalkan kita, entah aku sempat bersua lagi atau tak tapi aku berdoa sangat-sangat supaya dipanjangkan umurku..berilah aku peluang bertaubat, banyak amal dan menutup auratku sebelum Izrail memberi salam.
Sebelum Ramadhan tiba, aku dah berjanji beberapa pekara yang aku kena buat diBulan ni..dan doaku semoga apa saja yang telah aku jadikan routine masa Ramadhan harap aku dapat kekalkan bila masuk Syawal. Bila kenang balik, apa laa yang telah aku sempat rebut Ramadhan ni?Bulan yang penuh nikmat tapi aku tak use sebaik mungkin. Kalau laa..pahala tu boleh dilihat, mesti berlari-lari aku mengejarnya.
Pastinya aku akan merindukan Ramadhan and aku tak sabar nak menunggunya lagi tahun hadapan. Disini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aililfitri kepada semua pembaca blog I, terima kasih kerana sudi membaca ramblingsku yang kadang-kala melalut. Kalau ada tulisan yang menyakitkan mata, menguris hati, mentawarkan hati, mengeramkan jiwa, menyampah dikepala, Saya dengan ikhlas memohon ampun dan maaf.
Didoakan semoga kehidupan kita semua menuju ke arah kebaikan dan dipermudahkan segala urusan .... Amin
Riwayat Al-Bukhari: Rasullullah saw bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkannya
So pesanan untuk semua dan diri sendiri sempena kembalinya bulan Ramadhan nanti, buat sesuatu kerana Allah dan nak cari redha allah bukan mencari penghargaan manusia.
No comments:
Post a Comment