Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Everyday I Pray...

Praying hard everyday so that both Mak and Bapak can be with me throughout my entire life..till i grew old.  Insyaallah.  Can't imagine what my life would be without 'em.  Sangat sepi rasanya hidup ini :-(


Jangan Bazirkan Ramadhan Kita


Wednesday, August 1, 2012

Friday, July 20, 2012

Jangan Aibkan Orang


Sharing People :-)

‎{AsSohwah}
Jangan kita mengaibkan orang lain atau memperkecilkan orang lain dengan menyindir atau sebagainya, kerana di"mata" Allah kita semua adalah sama. Apa tujuan kita untuk menjatuhkan orang, adakah hanya untuk kepuasan diri kita atau memang kita suka memalukan orang lain untuk menjatuhkan seseorang. Marilah kita tergolong didalam golongan orang yang Bahagia dan Membahagiakan orang lain dan bersyukur kerana semua hamba Allah iaitu saudara satu agama berjaya dan bahagia seperti kita.

Saturday, June 2, 2012

Cat Stevens: Why I Chose Islam

Mengapa Saya Masuk Islam? (Yusuf Islam)


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Tuesday, March 27, 2012

How Can I Ban Hijab When...


Anti Islam di Itali kini menyokong penggunaan tudung bagi wanita Islam

Menteri Dalam Negara Itali Roberto Maroni yang dikenali sebagai ahli politik anti-pendatang dari Parti Liga Utara di Itali. Sejak lama ia dikenali menentang segala hal berbau Islam, malah dia pernah mengajukan proposal larangan pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah di Itali.

Namun, berita menarik berkaitan Roberto Maroni datang dari laman Islam milik Dr Zakir Naik. Di blog Islamic Research Foundation disebutkan, bahawa Roberto Maroni menyokong penggunaan hijab / jilbab, dan Maroni tidak akan melarang penggunaan tudung.

Mengutip kata-kata Maroni yang dinyatakan di blog Islamic Research Foundation, “Jika paderi wanita biasa ditampilkan menggunakan tudung di setiap gambar-gambarnya, bagaimana mungkin anda akan meminta saya bersetuju larangan hijab?”

Perawan Maria adalah peribadi yang dikenali dalam dunia Kristian. Dalam berbagai gambar yang biasa dipaparkan, Maria kelihatan menggunakan tudung. Jadi di negara Itali yang majoriti warganya memeluk Katolik / Kristian, dan salah satu tokoh terpenting dalam agama mereka biasa digambarkan menggunakan tudung, bagaimana mungkin negara ini akan melarang penggunaan tudung bagi Muslimah disana.

http://www.harian-metro-online.com/anti-islam-di-itali-kini-menyokong-penggunaan-tudung-bagi-wanita-islam

Saturday, January 28, 2012

I finally migrated

I finally migrated on 1st January 2012 @ 7 Safar 1433 Hijrah; Sunday.  I was longing to migrate for quite some time yet i couldn't find the strength nor the perfect reason.  It was a scary yet exhilarating decision to make.  Scary in the sense that my hijab has become my identity.  Whether i can continue for the rest of my life to hold on to this identity.  I hope i have the strength and faith for it.


At the office, i'm at ease wearing pants and skirts, back in the old days...i wore only skirts.  In fact i was the only Muslim woman who wore above knee length skirts. Bermuda and shorts are my weekend attire.



I remembered the look that my mother in law gave me when we first met.  Funny betul but those were the days.  I was in my low cut tight hugging tees with a three quarter jeans. And she was like eyeeing me from the side of her eyes.. up and down..Hehehe..


Funny how the transformation gives me a clearer idea of what people think about me all those years..


Casual onlookers will give me a nod, some said "Alhamdullilah".  
Some congrats, full of handshakes and i even got huggies :-).  
Tiba-tiba terasa besarnya rahmat hari tu.  
May Allah bless them all.


Well a few have some says...

  • "Nasha, i expected you to be the last one to wear tudung!"...Emm...stunted, teruk sangat ke aku ni
  • "Nasha, you're such an open minded person, how come you change?"...I cover only my head, my brain is still the same. [Wow, is this the way how most people think about people who wear hijab? I need to change this perspective!]
  • "Did your husband you force you to wear?"...Nope, decision made by myself, for myself
  • "You look baiknya!" Wow, was i that bad all those years? Was i that wild?



Its been 28 days and and I don't regret my decision.  It's odd when you get older other people's opinion of you don't matter much anymore. 



I believe that what comes from Him can be nothing less than the best.

     


Sunday, January 1, 2012

Happy New Year People!

Wow..2011 was quite a short year me!  Don't feel like blogging about anything but came across this video on youtube.  Interesting.  Thumbs up for the 1st speaker: Sumayyah



Tuesday, October 25, 2011

Being Grateful?

I've been surrounded with negative vibes since last week.  It makes me clumsy, anxious, angry, blaming things, blaming people.  And i even shifted my clouds of angry towards my children.  So i reckon i should be looking for something fresh, something to get my soul boost and get going!


I came across this video...thankful that someone posted this video so i would like to share this with the rest


Today i was so angry with Nabila for emptying the bath foam and hand soap, bathroom baru lavender whole day!
Tonite, after watching the video,  i'm so grateful for her to be able to take bath on her own


Today i was so angry with Nabila for dropping my Iphone for 5 times in 3 days time!
Tonite, i'm grateful because she's finally learn how to solve puzzle in my Iphone


Today i was so angry with Nabila for making my whole porch area flooded
Tonite, i'm grateful because she knows how to clean and wipe my car


Tonite, i was so angry with Iman for not wanting to eat rice or mee
Tonite also i'm grateful for having a son who is healthy and want to eat my Tiramisu for dinner.


By All Famous Quote











Tuesday, September 27, 2011

Boleh Ke Aku Berubah?

Challenging betul bila dengar vlog ni..how can i change? Lemah lembut? fuhh...jauhnya dari aku..terlalu jauh...suara je dah macam trumpet..kena cuba get at least 10% pun dah good enough..nampak gaya kena motivate diri. Go Go Nasha.. bila berubah, anak pun berubah.

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Dah Berlalu BuatKu :-(

Ramadhan dah berlalu pergi buat aku 3 hari lepas..honestly first time dalam hidup, aku terasa sedih aku tak dapat berpuasa dan tak dapat meneruskan routine Ramadhan yang aku setkan sejak awal puasa.

Sebenarnya ni laa tahun pertama aku benar-benar menunggu Ramadhan.  Tahun-tahun lepas? Ye menunggu jugak tapi lebih banyak kepada nak beraya, nak berbuka dengan buffet ramadhan. Terukkan...tapi itulah hakikat sebenar. Ramadhan di tahun-tahun lalu cuma sekadar menahan lapar dan dahaga, then sibuk bersiap for Raya, even erti lapar dahaga pun tak berbekas dijiwa. Bila di ingat balik..ruginya masa aku dahulu kala. Thank god, aku masih diberi peluang pada umurku 36 tahun.

Bulan seribu rahmat dah nak meninggalkan kita, entah aku sempat bersua lagi atau tak tapi aku berdoa sangat-sangat supaya dipanjangkan umurku..berilah aku peluang bertaubat, banyak amal dan menutup auratku sebelum Izrail memberi salam.

Sebelum Ramadhan tiba, aku dah berjanji beberapa pekara yang aku kena buat diBulan ni..dan doaku semoga apa saja yang telah aku jadikan routine masa Ramadhan harap aku dapat kekalkan bila masuk Syawal. Bila kenang balik, apa laa yang telah aku sempat rebut Ramadhan ni?Bulan yang penuh nikmat tapi aku tak use sebaik mungkin. Kalau laa..pahala tu boleh dilihat, mesti berlari-lari aku mengejarnya.

Pastinya aku akan merindukan Ramadhan and aku tak sabar nak menunggunya lagi tahun hadapan. Disini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aililfitri kepada semua pembaca blog I, terima kasih kerana sudi membaca ramblingsku yang kadang-kala melalut.  Kalau ada tulisan yang menyakitkan mata, menguris hati, mentawarkan hati, mengeramkan jiwa, menyampah dikepala, Saya dengan ikhlas memohon ampun dan maaf.

Didoakan semoga kehidupan kita semua menuju ke arah kebaikan dan dipermudahkan segala urusan .... Amin

Riwayat Al-Bukhari: Rasullullah saw bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkannya
So pesanan untuk semua dan diri sendiri sempena kembalinya bulan Ramadhan nanti, buat sesuatu kerana Allah dan nak cari redha allah bukan mencari penghargaan manusia.


Wednesday, August 10, 2011

Ramdhan Vlog 8 by Prof Dr Muhaya


A Story To Share - Penindasan Kerajaan China

.A dear friend of mine, Syidah blogs about this....and i wanna share with those who happens to bump into my blogging chamber..Selamat Berbuka Semua..


i quote some of her writings..you can read more on her blog.
Penindasan Berterusan - Ramadan Dinafikan Untuk Uighur
Kanak-kanak Islam diberikan makanan tengah hari percuma, pekerja Islam juga disediakan makanan tengah hari percuma. Sekiranya mereka enggan makan, bonus mereka dinafikan dan juga dibuang kerja. Para peniaga makanan dipaksa beroperasi seperti biasa termasuk menjual makanan di wakstu siang. Sesiapa yang didapati melanggar arahan akan ditangkap atas alasan menjalani aktiviti keagamaan yang dilarang. Keadilan jenis apakah ini? Maha suci Allah, besar sungguh dugaan buat mereka.....
..... Hanya kerana China kuasa besar. Umat Islam sering dipandang serong, dicaci serta dipersalahkan, namun hakikatnya umat Islam yang selalunya menjadi mangsa penindasan. Mengapa mereka ini sangat takut dengan Islam? Ketakutan apakah sebenarnya yang mereka rasai?









Following recent arrests and increased violence in the region, Chinese authorities have restricted traditional prayer during the Muslim holy month which intends to teach Muslims patience and humility.
Below is a speech published by Ahlul Bayt News Agency:
Amid fresh arrests, restrictions on fasting and prayers at mosques, Uyghur Muslims are suffering under the latest episode of Chinese government crackdown on their ethnic minority in the northwestern region of Xinjiang.       
“If any religious figure discusses Ramadan during the course of religious activities, or encourages people to take part, then they will lose their license to practice,” Dilxat Raxit, spokesman for the Munich-based World Uyghur Congress, told on Friday, August 5 [2011].
“The more serious cases will result in arrests for incitement to engage in illegal religious activity,” he said.
A day before the start of the holy fasting month for China’s Muslims, at least 11 people were killed in a series of attacks in the north-western region of Xinjiang.
Chinese authorities blamed the attacks to the ethnic minority, after which the Chinese police shot dead two Muslims last Sunday.
The attacks came less than two weeks after 18 people were killed in an attack in the restive Xinjiang region.
Following the unrest, more than 100 Uyghurs were detained by Chinese authorities.
Most of those detained as suspects were committed Muslims who attended mosque and whose wives wore veils, residents say.
Xinjiang’s capital, Urumqi, was the scene of deadly violence in July 2009 when the mainly Muslim Uyghur minority vented resentment over Chinese restrictions in the region.
In the following days, mobs of angry Han took to the streets looking for revenge in the worst ethnic violence that China had seen in decades.
The unrest left nearly 200 dead and 1,700 injured, according to government figures. But Uyghurs, a Turkic-speaking Muslim minority, say the toll was much higher and mainly from their community.
China’s authorities have convicted about 200 people, mostly Uyghurs, over the riots and sentenced 26 of them to death.
Beijing slapped severe restrictions on Chinese Muslims as the holy fasting month of Ramadan started.
As for Muslim members of the government throughout Xinjiang, the government forced them to sign “letters of responsibility” promising to avoid fasting, evening prayers, or other religious activities.
“Fasting during Ramadan is a traditional ethnic custom, and they are allowed to do that,” an employee who answered the phone at a local government neighborhood committee office in the regional capital Urumqi said confirming the restrictions.
“But they aren’t allowed to hold any religious activities during Ramadan,” she added.
“Party members are not allowed to fast for Ramadan, and neither are civil servants.”
As for private companies, Uyghur Muslim employees were offered lunches during fasting hours.
Anyone who refuses to eat could lose their annual bonus, or even their job, Raxit added.
Officials have also targeted Muslim schoolchildren, providing them with free lunches during the fasting period.
A Uyghur resident of Beijing said students under 18 are forbidden from fasting during Ramadan. Moreover, government campaigns forced restaurants in the Muslim majority region to stay open all day.
More restrictions were also imposed on people trying to attend prayers at mosques. Everyone attending prayers has to register with their national identity card, he added. “They have to register, and after prayers they aren’t allowed to [congregate and] talk to each other," he said.
In Ramadan, adult Muslims abstain from food, drink, smoking and sex between dawn and sunset.  The sick and those traveling are exempt from fasting especially if it poses health risks. Muslims dedicate their time during the holy month to be closer to Allah through prayers, self-restraint and good deeds.


Kadang-kadang buat kita terpikir kenapa orang takut sangat pada Islamkan??


Thursday, July 7, 2011

How Muslims Are Treated In America

Its odd when people think that they're so open minded but they're not that open on how people dress.


I remembered during my varsity years in Victoria, there was one time we've been harassed by bunch of young girls! But of course laa i ni being orang yang mulut direct sket i lawan balik...but that time they didn't use the word muslims instead they're used "We don't need people like you in our country"..pergh ayat budak tu...tajam bak pedang menusuk jantung!  But i jawab balik "Nasib baik kitaorang datang your country if not people like you don't go to U because we pay 10K while u just pay 1K ..we're actually subsidizing your people"


Siap nak gaduh nasib baik my mate Midah coolkan diri ni and minah2 tu pun ada geng diaorg yang coolkan..Masa tu buat berani je walau dalam hati gabra gak dah laa diaorang species debab debab..and i was only 38-40kg je masa tu..kalau dia rembat memang berkubur kat hospital laa jawabnya

gadoh ngan budak liar..biasa laa golongan yang tak educated..cam tu laa style dia.  I'm the type yang will fight back..will fight till i win..kalau tak boleh win pun..will fight just for the sake of satisfying myself hehehe...

Thursday, May 19, 2011

Rapuh

Rapuh (by Opick)
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: She's feeling sharp pain on her breast and there's a lump.  Praying hard that's just a normal lump and that everything will be OK.  Kadang2 bila sebegini jadi baru kita sedar kadang2 kita banyak terleka. Tapi aku pasti Dia tak pernah jemu mendengarku.  Kan? Kau masih mendengarku kan, ya Allah?

Wednesday, March 9, 2011

Islam Is Simple

Last 2 weeks, i was stucked in the Smart Tunnel for more than an hour.  We were like caterpillars in the ground hole.  My stomach was howling at me to feed them up.  Thank god for Readest Digest who accompanied my eyes and brain whilst my ears were pumped with tonal pattern from the CD.


It was around 8.00pm almost nearing to the exit when i saw 3 men stopped their vehicle at an emergency lane. They didn't put on the hazard light instead they parked and walked towards the emergency exit door.  Now why on earth do you need to go thru the emergency door?  Those doors are really really for EMERGENCY! You know you use it, if there's flood / fire in the tunnel.  Its like a one way ticket for you to escape.  I was barely moving at 10km per hour so they won't get rammed by any moving cars.  Plus they're not wearing any worker's maintenance attire.  Then it hit me...are they going to place a bomb? Mampos aku!  I know you think its nonsense but i couldn't help it.  With what they are wearing, somehow at the back of my mind it came across that way.  "Serban yang siap pyramid tajam macam style pak pak Arab la". 


Now i can see how the western media slowly planted the 'suspicious' seed in people's mind about muslims.  Me, being a muslim can't help but to be trapped as well in the same negative perceptions projected all over the world.  They wore a Taliban's similar attire and most malay muslim Malaysia doesn't wear that.  So how can i not think that way?? Shit, if they really wannt to plant a bomb, should i call the police?  Ridiculous! Should i make an attempt to run now?  Nope couldn't make it.  I'll be shredded meat all over the tunnel.  So i was thinking..where on earth could this people be coming from. In a flick second, i discard my negative mental thoughts.  Come on this is Malaysia, Malaysian somehow i feel won't go to this extend.


Observing them carefully i can see the prayer mat on their shoulder.  Ya rabbi, nak solat rupanya, Magrib is almost finished.  Glimpsing at my surrounding cars, I can see all the drivers and passengers were looking at 'em.  Who would not? They might have the same initial thoughts as i did. I'm a muslim pun pikir macam tu apatah yang non muslim.  Then it struck me, why on earth do they need to stop and pray.  There's no decent place for 'em to pray, the emergency exit is definitely grime and soiled.  Surely urines all over the place.  Kalau ikutkan pakaian tu dah mengalahkan imam masjid negara patutnya knowledge pun seiring laa so i wonder if they are aware that they can pray on moving vehicle!  So you can't blame others if they don't embrace islam.  Your act doesn't show the beauty of Islam.


Islam is a simple, rational and practical religion.  We humans make it complicated



Islam is a religion without any mythology. Its teachings are simple and intelligible. It is free from superstitions and irrational beliefs. The Oneness of God, the prophethood of Muhammad (peace be upon him) and the concept of life-after-death, are the basic articles of its faith. 
These are based on reason and sound logic. All the teachings of Islam flow from those basic beliefs. They are simple and straightforward. There is no hierarchy of priests, no far-fetched abstractions, no complicated rites and rituals. Everybody may approach the Book of God directly, translating its dictates into practice. 

“To seek knowledge is obligatory for every Muslim.” 










Related Stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...